KUALA LUMPUR: Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Bercakap kepada pemberita dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan berkenaan dibuat, susulan terdapat dua laporan yang diterima pihaknya.
Siasatan membabitkan laporan seorang wanita yang dikenali sebagai Mondy Tatoo, yang mendakwa dirogol pendakwah terlibat dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala laporan penafian yang dibuat pendakwah berkenaan terhadap dakwaan yang dibuat mangsa, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mohd Shuhaily turut menafikan dakwaan bahawa telefon bimbit Mondy dirampas polis, sebaliknya menegaskan ia diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada bagi membantu siasatan.
"Ada peruntukan undang-undang untuk (telefon) diambil untuk membantu siasatan, sebab polis hendak tengok kandungan sama ada selari atau tidak dengan apa yang dia kata. Nak tengok daripada segi masa kandungan dan sebagainya.
"Buat masa ini polis masih lagi menjalankan siasatan, mungkin perlu panggil beberapa saksi lagi untuk diambil kenyataan," katanya.
Mohd Suhaily turut mengesahkan Mondy yang juga pempengaruh media sosial itu, masih berada di negara ini selain menjelaskan permohonan maaf yang dibuat seorang lelaki yang dipercayai bapa Mondy terhadap pendakwah itu baru-baru ini, tidak boleh diguna pakai dalam siasatan memandangkan ia dibuat di Indonesia dan tertakluk kepada bidang kuasa pentadbiran pihak berkuasa negara itu.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily memaklumkan polis berjaya menyelamatkan seorang warga asing yang diculik di Pulau Pinang baru-baru ini dan perincian penuh mengenainya akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin, esok.
"Saya juga hendak maklumkan kejayaan itu merupakan hasil kerjasama Polis Kontinjen Pulau Pinang, Selangor dan Bukit Aman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Mohd Shuhaily berkata siasatan berkenaan dibuat, susulan terdapat dua laporan yang diterima pihaknya. - Gambar fail/Bernama
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri
Video yang berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan keluarga Mohd Farid Ravi sedang berkumpul dan bermesra.
Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah
Saksi pendakwaan kes pendakwah Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia diminta oleh pegawai penyiasat untuk mengeluarkan data berunsur lucah daripada pemacu pena yang diterimanya.
Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Polis sahkan pendakwah terkenal buat laporan difitnah
Pengadu yang berusia 38 tahun itu membuat laporan polis pada 2.17 pagi tadi, di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
Perbicaraan kes Ebit Lew ditangguh Mei depan
Permohonan penangguhan dibuat bagi membolehkan peguam bela membuat semakan dokumen berkaitan 90 imej lucah di Mahkamah Tinggi.
Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul
Seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta mengalami kecederaan selepas dipukul.
Kes Ebit Lew: Pegawai polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan
Namun, pegawai polis itu memaklumkan beliau tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Polis kesan saksi kes gangguan seksual babitkan pendakwah terkenal
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew.
Siasatan gangguan seksual, polis sahkan panggil semula pendakwah terkenal
Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam satu kenyataan berkata, turut dipanggil ke Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu adalah isteri pendakwah tersebut.